Menang Membeli Menang Memakai. Terima Kasih Banyak-Banyak Di Atas Sokongan. Semoga Allah Merahmati.
Isnin, November 23, 2009
Selamat Datang Ke Mastura Batik House
Kepada Penggemar Batik, jemputlah ke blogspot saya www.masturabatikhouse.blogspot.com. Banyak koleksi terkini.
Menang Membeli Menang Memakai. Terima Kasih Banyak-Banyak Di Atas Sokongan. Semoga Allah Merahmati.
Menang Membeli Menang Memakai. Terima Kasih Banyak-Banyak Di Atas Sokongan. Semoga Allah Merahmati.
Sabtu, November 21, 2009
Menjadi Pelajar Semula
Hampir 2 bulan saya tidak menulis. Jarang-jarang juga melihat blog. Jika adapun mata saya lebih tertumpu kepada kotak mesej. Tetapi hari ini saya ingin menulis. Hati saya begitu lega dan gembira. Saya menghabiskan sesi persekolahan terakhir dengan senyuman sampai ke telinga. Ini kerana saya akan bergelar pelajar semula tidak lama lagi. Saya mendapat tawaran melanjutkan pengajian peringkat master di UPSI. Jurusan Pendidikan Teknologi maklumat dan Komunikasi. Alhamdulillah. Melanjutkan pengajian sepenuh masa menuntut pengorbanan dari sudut lain pula. Apakah pengorbanan itu??
Isnin, September 28, 2009
Mangga Depan Rumah
Percaturan Mister saya untuk menebang pokok mangga kami yang ditanam di hadapan rumah sebelum ini membuahkan hasil apabila tidak berapa lama selepas itu ia mula berputik dan berbunga sebelum mengeluarkan buahnya yang cantik dan menunggu masa untuk ranum. Lama juga kami menunggu untuk berbuah sehinggalah kami membuat keputusan untuk menebangnya. Semakin banyak buah yang dihasilkan, semakin geram saya dan bagaikan tidak sabar untuk merasai keenakannya. Pokoknya tidaklah sebesar mana tetapi buahnya semakin lebat. Syukur Alhamdulillah.
Ia hanya kisah buah mangga depan rumah saya tetapi sarat dengan pengajaran bahawa jangan mudah putus asa jika apa yang kita lakukan belum menampakkan hasil kerana belum tiba masanya sehinggalah Allah mengizinkan. Sedapnya Mangga!, terutama jika dicicah dengan sambal kicap.
Ahad, September 27, 2009
Air Mata
Saya mengambil artikel tentang tingkah laku menangis ini dari blog Prof Kamil ( petikan tulisan Pn Ainon). Ibnu Qayyim adalah salah seorang pakar psikologi Islami yang sangat terkenal. Beliau lahir hampir 800 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1292 Masehi di kota Damsyik, Syria. Sebagai contoh, menurut Ibnu Qayyim, tingkah laku menangis dapat dikategorikan ke dalam 10 jenis tangisan:
a. Air mata yang tercetus oleh emosi kasih sayang, dan hati yang lembut.
b. Tangisan yang disebabkan oleh perasaan amat takut.
c.Air mata yang disebabkan oleh rasa cinta.
d. Air mata gembira.
e. Tangisan yang disebabkan oleh penderitaan.
f. Air mata kesedihan.
g. Air mata yang mengalir disebabkan diri berasa lemah dan hina.
h. Air mata belas kasihan.
i. Menangis kerana terikut-ikut orang lain menangis.
j. Tangisan hipokrit, yakni pura-pura.
Malam ini ternyata air mata saya tumpah lagi dan ia berkaitan dengan entri e dan f.
bersambung...
Teringat
Tidak sampai seminggu lebih, semua pelajar tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan PMR. Saya teringat kepada anak-anak didik saya di sekolah lama. Lebih terkesan daya ingatan itu kerana telah mengenali mereka seawal tingkatan 1. Lebih terkesan kerana hati saya terlalu dekat dengan mereka malah menganggap mereka seperti anak-anak sendiri. Kepada semua pelajar tingkatan 3 Raflesia, 3 Kenanga, 3 Melati dan 3 Siantan....
Selamat Menduduki Peperiksaan PMR,
semoga mendapat ketenangan dan diberkati Allah.
Semoga Beroleh Kecemerlangan.
Jumaat, September 11, 2009
Hajat Yang Dimakbul
"I suka dengan hasil kerja you, kuih tradisi enak, banyak dan decoration yang menarik. U letak tali pada mengkuang boxes so, it's very pleasant to carry. U pandai pilih warna." kata Puan NL sambil membelek dekorasi dan kuih muih.
Dalam hati saya terdetik, kalaulah Puan N tidak suka hasil kerja saya. Bayangkan ia turut dirasai bersama kepenatan sedari tidak cukup tidur beberapa hari sebelumnya kerana membuat kerja dekorasi dan menuntut penelitian demi penelitian. Dua minggu sebelumnya saya telah membuat R&D kuih muih Gred A dan itu saya pastikan dimasukkan di dalam hamper saya. Bukan kuih biasa-biasa. Kalau tidak masakan tempahan yang diterima hebat sekali.
"Actually, itu bahan buat ribbon from tissue ribbon( kertas tisu yang warna maroon), I fikir macamana nak dapatkan paper bag yang sesuai sebab susah nak cari yang match dengan size. Finally, My Mister came up dengan suggestion since tissue ribbon ni menarik, why not jadikan ia tempat pemegang sahaja and at the same time nice to see..."
"I nak order 10 set lagi....." katanya sambil menandatangani resit pembayaran.
"Thank You Kak NL kerana suka hasil kerja I. Nanti I hantar another 10 next tuesday"
Saya pulang ke rumah dan membuat sujud syukur. Alhamdulillah.
Dengan tender hamper dan kuih bangkit kelapa rangup yang bertali arus, saya seperti lupa yang kita akan menyambut hari raya kurang minggu depan. Saya tidak menang tangan dan gembira dengan kehidupan sekarang. Tulisan ini tidak sesekali memuji diri tetapi ia adalah sebahagian penterjemahan rasa gembira syukur kepada Allah kerana memakbulkan doa saya, menunaikan hajat saya.
Saya sentiasa lagi sekali mengingatkan diri saya, pahatkan di dalam hati, sebahagian keuntungan itu pastinya milik mereka yang lebih memerlukan.
Saya juga tidak sibuk membeli itu dan ini seperti tahun sebelumnya. Saya sibuk kepada "yang lebih memerlukan". Terima Kasih Allah. Segala pujian bagi Allah. Mohonlah rezeki ini diberkati sentiasa. Amin.
Sehingga blog ini dikemaskini, saya terus menerima sms untuk tambahan kuih bangkit kelapa rangup sambil melakar rekaan dan menyenaraikan bahan yang perlu untuk 10 hamper seterusnya.
pada Jumaat, September 11, 2009 0 komen
Label: Anugerah
Ahad, Ogos 30, 2009
Kunjungan Prof MKI
Kunjungan Prof Muhamad Kamil bin Ibrahim a.k.a MKI ke blog saya menyuntik semangat untuk saya menulis. Terima Kasih Prof. Kalaulah prof tahu bahawa buku-buku dan blog prof itu adalah jurnal wajib di dalam kehidupan seharian saya. Adakalanya tulisan prof sering menjadi alternatif untuk merawat hati luka selain mengupas fasa kehidupan untuk lebih mendekati Allah. Bila saya buka laptop dan melihat MKI di ruangan kotak mesej, terpempan saya sekejap.Saya masih ingat, kali pertama saya membeli buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman adalah pada 18 Disember 2008 dan tanpa sedar saya menghabiskan pembacaan itu 2 jam diselang rasa sedih, sebak dan 1001 perasaan yang menjurus kepada pengalaman yang sama dalam pengabdian dan kecintaan kepadaNya sebagai tetamu Allah ketika berpeluang mengerjakan umrah pada April 2008. Bila lagi saya akan ke sana? Rindu.
Kunjungan Prof sebagai pendakwah yang disegani saya anggap sebagai satu penghormatan kerana pendakwah seperti prof memang tidak menang tangan dan mungkin tidak berkesempatan singgah ke ke blog pengikut setianya ini!.Terima Kasih Prof!.
Jumaat, Ogos 28, 2009
Sayangi Saya
Saya pulang dari masjid dengan kepuasan maksimum hari ini. Pertama kerana saya telah dapat menyempurnakan tahlil untuk allahyarham ayahanda tercinta bersama-sama jemaah masjid dan kedua saya dapat meyempurnakan terawih dengan merasai rahmat Allah setiap penjuru, setakat Ramadhan ke 7 ini. Moga-moga rahmat ini akan dirasai sehingga bila-bila. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Ustaz di dalam tazkirah Ramadhan sebaik selesai terawih dan tahlil membuat kias ibarat tentang taqwa. Ia seumpama seorang guru yang mengajar pelajar tidak cerdas yang markahnya antara 0-39 per seratus tetapi pelajar itu pada masa yang sama baik budi pekertinya. Maka pelajar tadi sekalipun menyedari dirinya tidak bijak, dia mempunyai budi pekerti yang baik, dengan mengambil contoh, akur dan sentiasa memastikan berada di dalam majlis ilmu, membantu membawa beg guru dan bukunya sekalipun tidak dipinta dan mendengar tanpa jemu. Maka guru itu pun tergerak hati memberi markah bonus sehingga pelajar itu lulus dari 39 kepada 40. Itu guru, manusia biasa yang pengahirannya tetap hamba Allah.Bagaimana dengan Allah yang memang Maha Pengampun? Dia pun boleh memberi markah bonus dengan keizinanNya. Mohonlah rahmat Allah,tanpa jemu seperti pelajar tadi; dengan berusaha melakukan segala suruhan dan meninggalkan apa yang dilarang Allah, kata ustaz. Sekalipun kita tidak bijak dan banyak dosa, jika kita berusaha mendekatiNya dengan penuh ikhlas, tanpa jemu dan taqwa, insyaAllah kita akan diberi rahmatNya. Ia datang kepada siapa yang meminta. Saya mohon rahmatNya sungguh-sungguh. Saya tahu dan yakin Allah menyayangi saya. Sayangi saya.. Allah, jangan saya terjauh dari kasih sayang itu. Amin.
Alangkah indahnya jika saya menghabiskan masa di masjid pada bulan-bulan lain juga. Saya sedang merenunginya.
Alangkah indahnya jika saya menghabiskan masa di masjid pada bulan-bulan lain juga. Saya sedang merenunginya.
Langgan:
Catatan (Atom)









